Pengenalan

EMBA Biz Solutions merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat ini juga merupakan salah sebuah syarikat subsidiari kepada sebuah lagi syarikat induk, iaitu Tenaga EMBA.

Namun pelaburan syarikat induk tidak dibuat secara langsung memandangkan objektif penubuhan EMBA Biz Solutions ini lebih ke arah sektor perkhidmatan. Dari segi pendaftarannya, syarikat ini berdaftar secara milikan penuh atas 1 nama individu, bukan secara perkongsian.

Syarikat ini beralamat di No. 4 Taman Selera EMBA, Jalan Gangsa, Bagan Ajam, 13000 Butterworth, Pulau Pinang dan dimiliki serta diuruskan oleh En. Muhammad Ariff Bin Ahmad selaku pengurus dan pemilik syarikat.


“Mampu menguasai perniagaan secara DIGITAL, sekaligus dapat membantu kami untuk terus menerokai segala peluang-peluang yang terhidang serta dapat meletakkan nama EMBA Biz Solutions sebaris dengan syarikat2 berkonsepkan digital yang lain, yang ada seantero dunia…”

Misi Kami

1.

Sentiasa bergerak seiiring dengan arus perkembangan teknologi semasa agar tidak ketinggalan dan tidak terlepas pandang.

2.

Menjana pendapatan semaksima mungkin kepada syarikat.

3.

Mencipta peluang2 pekerjaan kepada mereka yang berminat dan mempunyai kelebihan dalam hal berkaitan digitalisasi.

4.

Mencipta peluang2 latihan kepada mereka yang berminat, samada untuk menjalankan perniagaan ataupun latihan dalam bab perkhidmatan yang berkait dengan digitalisasi.

Fokus kami…

Bidang Perniagaan Yang Kami Ceburi…

Sesuai dengan perkembangan teknologi serta peredaran arus zaman yang sentiasa menuntut kepada kesiapsigaan setiap individu untuk belajar, mengintai peluang dan memanfaatkan kehendak semasa. Atas asas inilah maka kami mengambil inisiatif untuk mencuba bidang yang serba baru dan menjanjikan sejuta harapan dan berpendirian untuk tidak boleh lagi meletakkan sepenuhnya harapan kepada sektor sedia ada.

Berikutan daripada ketidaktentuan senario politik negara yang secara jelas sudah memberi kesan kepada perkembangan sektor ekonomi, dan hari ini, ditambah dengan ujian terbesar yang terpaksa dihadapi, bukan saja oleh kita di Malaysia, malah membabitkan hampir seluruh dunia, iaitu krisis penularan pandemik Covid-19

Melihat kepada perkembangan ini, maka kami memutuskan untuk melibatkan diri secara serius di dalam sektor perniagaan secara maya, tidak lagi dijadikan sekadar nilai tambah dalam perniagaan, tetapi kami berusaha untuk mengoptimumkan perniagaan kami agar selari dengan dunia digitalisasi.

EMBA Biz Solutions tidak hanya menjalankan perniagaan secara e-commerce online, malah kami turut menawarkan perkhidmatan kepada sesiapa sahaja, samada organisasi, syarikat, perniagaan, ngo mahupun individu, yang berminat dan berhasrat untuk mempunyai sebuah tapak atau platform sendiri di dalam dunia online.

EMBA Biz Solutions juga sedang merangka kertas kerja untuk membina sebuah rangkaian, atau sebuah platform yang akan menjalinhubungkan usahawan2 dengan semua rangkaian perniagaan yang penting, di bawah satu bumbung.

EMBA Biz Solutions juga sedang berusaha dari semasa ke semasa bagaimana untuk menambahbaik sistem serta kaedah yang digunakan bagi memindahkan sebahagian besar urusan2 yg dulunya terpaksa dilakukan secara nyata atau bersemuka, ke bentuk atau kaedah yang lebih mudah, cepat, tepat.


Translate »
%d bloggers like this: